Sunday, August 30, 2009

Membeli ubat dan mengubati sendiri sebagaimana kita semua lakukan nampak seperti dapat mengatasi masalah. Tapi semua tu seperti membunuh diri kita secara perlahan-lahan. Mengapa?????
selain sebelum tentu sesuai dengan penyakitnya, kita semua telah menggunakan ubat dengan dos yang berlebihan adalah tindakan membunuh diri.

     Sebenarnya tak semua penyakit ringan memerlukan ubat daripada doktor untuk sembuhkannya. Selain tu, sesetengah doktor juga tidak tahu dengan pasti penyakit pesakit pada awalnya. Tapi hanya mendiognosis sehingga jika pesakit sembuh belum tentu disebabkan oleh ubat tersebut. Doktor hanya manusia biasa, kadang-kadang agakannya tentang penyakit itu betul dan kadang juga salah.

     Memang betul, sehebat mana sesuatu ubat itu pun tetap merupakan bahan yang merbahaya bagi tubuh manusia. Fungsi ubat sebagai "pengubat", pada dasarnya merupakan perbandingan antara mudharat dan manfaat sahaja.

    Sebagai contoh : aspirin dan sejenis ubat sakit kepala, mudharat yang timbul lebih ringan berbanding manfaatnya. Tapi mudharat yang ditimbulkan akan lebih besar jika yang sakit kepala ini menderita sakit lambung. Kerana keasaman aspirin akan menyebabkan pendarahan pada lambung dan boleh menyebabkan kematian dengan izin Allah SWT. Begitu juga ubat sakit pinggang, yang mempunyai manfaat untuk ubati pinggang dan dalam masa yang sama juga meosakkkan kerja ginjal.

Bagaimana Kita Berubat???

     Allah SWT telah menyempurnakan agama ini dan telah menyempurnakan kurniaNya pada manusia untuk bekal kebahagiaan dan kebaikan hidup dan akhirat, sehingga semuanya Allah SWT berikan tidak ada yang tertinggal dan tidak ada yang lupa. Termasuklah di dalamnya bagaimana manusia berubat ketika ditimpa sakit dan jalan pengubatan ini bernilai tambah dengan berbagai keuntungan, antaranya :-

          -  Baik bagi manusia dan halal.
          -  Pasti tanpa kesan sampingan dan tanpa kesan racun kerana tidak mungkin Allah memberikan racun 
              bagi hambaNya.
          -  Ittiba' (mengikuti) sunnah Nabi SAW. dan ini merupakan nilai yg paling penting.

Pengubatan yang bernilai adalah pengubatan secara sunnah, iaitu pengubatan yang dilakukan oleh Rasulullah seperti menggunakan madu, habbatus sawda', m'baca al-Quran, doa-doa dan ta'awwuz serta pengubatan air zamzam.

     Di samping semua itu, dengan mencuba petua-petua yang dihasilkan oleh orang tua-tua dan paling penting yang tidak bertentangan dengan agama dan selamat digunakan. Petua-petua tradisional yang diamalkan oleh orang tua-tua pada masa dulu terdiri daripada khasiat pelbagai sumber alam yang mudah didapati di persekitaran kita sahaja.

     Setakat ini dahulu rintitan muqaddimah.. Selepas ini kita akan selam serba sedikit khasiat pelbgai sumber alam dan sedikit petua.

Ma'assalamah...  Ilalliqha'...

Adios u all.... (^_^)
 

0 Comments:

Post a Comment